Software

5 Software Editor Gambar Percuma Dan Terbaik

Buat korang yang hobinya suka nak edit gambar dan suka dengan benda2  percuma, di sini saya senaraikan 5 laman web berkaitan edit gambar yang terbaik dan boleh disertai secara percuma. ;-)

1. www.photoshop.com/expressedit gambar online

laman web adobe photoshop express

laman web adobe photoshop express

Mesti ada di antara korang yang nak guna Adobe Photoshop atau Photoshop elemen tanpa berbelanja walau sesen kan? Atau mungkin korang terlampau berjimat dan taknak menyumbang sket pun sekadar untuk benda untuk edit gambar. Atau memang tak berkemampuan nak beli pun software untuk edit gambar.hehe. Jangan risau. Korang harus beterima kasih dengan  Photoshop Express. Laman web yang menyediakan khidmat yang agak lengkap. Yang hampir setaraf  dengan Photoshop atau Element tetapi percuma.  Kita boleh buat sentuhan kat gambar seperti mengubah dan meningkatkan kualiti gambar mengikut kehendak sendiri. Selain itu, web ini juga boleh jadi tempat untuk menyimpan gambar sehingga 2GB. Jadi, upload gambar sebanyak mungkin dan edit sepuas puasnya. Kita juga boleh edit gambar dan kongsi/share kat Flickr atau Facebook.

2. www.yodio.combuat album gambar dan poskad

gambar yodio

GambarVedio 

Suka tak kalo gambar boleh bercakap?canggih tak? Sekarang, semua tu boleh buat. Dengan yodio.com, kita  boleh masukkan audio suara sekali pada gambar. Kita  boleh letakkan album gambar atau poskad yang ada audio tu kat blog atau emelkan kepada kawan2 untuk menunjukkan ketereran kita. Kat yodio.com, Semua PERCUMA termasuklah pendaftaran.

3. www.ne.jp/asahi/mighty/knight/Mewarna dan buat sentuhan pada gambar ala2 kartun Jepun yang comel2 belaka.

laman pixia

Laman Pixia

Korang pernah dengar perkataan pixia tak? Bukan pixar. Pixar tu syarikat yang buat movie. Pixia yang dimulakan oleh Isao Maruoka ni dulu hanya diterbitkan dalam bahasa Jepun, tetapi memandangkan popularity Pixia ni sangat laku, maka dibuat web ini dalam bahasa Inggeris. Pixia sekarang sudah sampai versi ke 4. Lebih Menarik. Kita boleh mengawal tone, warna dan pencahayaan. Kita juga boleh reka berus sendiri, masking, layer dan melukis vector dan juga mereka gambar bitmap-based atau melukis. Malangnya, program ni tak dapat kat Window 95/98 dan NT 4.0. Memang la. Orang sekarang pakai Window Vista, Seven dan sebagainya yang lebih canggih. :-P Sekali lagi, program ini boleh didapatkan dengan PERCUMA.

4. www.all-things-photography.comSemua Tentang Fotografi

semua tentan gambar

Dihasilkan orang yang professional, dan dibaca oleh semua orang. Web ini sangat komprehensif dan lengkap dengan tutorial berkaitan dengan fotografi. Dari yang paling asas hingga ke yang tahap gaban. Tahap paling advance la tu. Dengan program ini, kita boleh belajar dengan senang beserta tutorial yang mudah difahami dan diterangkan mengikut kehendak orang ramai secara teratur. Selain dari tips dan tutorial, web ini juga membuat review tentang digital kamera seperti SLR kamera khasnya. Memang sesuai untuk sesiapa yang berminat dalam bidang fotografi.

5. www.scrapblog.comBuat buku skraf dalam masa yang singkat

buat buku skraf

Pernah tak korang ingin buat koleksi gambar2 dan kongsikan dengan sahabat korang secara online? Cuba scrapblog. Di sini korang akan menghias buku skraf korang menggunakan gambar, video dan elemen2 lain yang disediakan oleh program ini untuk masa yang singkat. Singkat maksudnya di sini adalah sekejap disebabkan keperluan yang lengkap. Sebaik sahaja buku skraf  siap, kita bole kongsikan dengan sahabat handai kat laman social seperti Facebook dan myspace atau melalui emel. Selain itu, kita juga boleh cetak buku skraf tadi tu melalui program ini.


 

..aTin sHinraRa aNje.. Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez